Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cubaan Tiga Penjenayah Larikan Mesin Atm Di Kemaman Gagal

Published: 18 Jun 2014 2.08 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Kuala Terengganu, 7 Okt - Tiga penjenayah berputih mata apabila cubaan mereka untuk melarikan mesin juruwang automatik (ATM) dari sebuah bank di Chukai, Kemaman awal pagi tadi gagal...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-tiga-penjenayah-larikan-mesin-atm-di-kemaman-gagal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:51 MYT

Kuala Terengganu, 7 Okt - Tiga penjenayah berputih mata apabila cubaan mereka untuk melarikan mesin juruwang automatik (ATM) dari sebuah bank di Chukai, Kemaman awal pagi tadi gagal.

Kejadian kira-kira pukul 4.19 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya berdekatan setelah beliau terdengar bunyi alat penggera keselamatan dari bank berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata sebaik mendengar bunyi berkenaan, pengawal keselamatan yang berusia 26 tahun itu bergegas ke arah bank dan melihat beberapa individu melarikan diri.

Beliau berkata suspek melarikan diri dengan sebuah Perodua Myvi yang memecut ke arah Kuala Terengganu sebelum pengawal itu menghubungi polis.

"Penjenayah dipercayai telah mengikat mesin ATM itu dengan tali dan menariknya dengan kereta.

"Mesin berkenaan terletak bertentangan dengan pintu masuk bank dan dipercayai ketika menarik mesin itu, penjenayah terkejut dengan alat penggera yang berbunyi dan ini mematahkan cubaan mereka untuk melarikan mesin itu," kata Manoharan kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka menarik mesin itu kira-kira satu meter dari tempatnya. Manoharan berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), didapati seorang suspek berada di dalam bank manakala dua lagi yang bertopeng dan bersarung tangan menunggu di luar.

Beliau berkata gerakan memburu ketiga-tiga suspek sedang dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.08 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM