Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

CUBAAN SELUDUP ROKOK GAGAL

Diterbitkan: 25 Nov 2014 3.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Batu Pahat, 25 Nov - Sebuah bot pancung yang sarat membawa muatan rokok kontraban pelbagai jenama dipercayai diseludup dari negara jiran berjaya ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam satu operasi dekat sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-rokok-gagal-20141125
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:47 MYT
Batu Pahat, 25 Nov - Sebuah bot pancung yang sarat membawa muatan rokok kontraban pelbagai jenama dipercayai diseludup dari negara jiran berjaya ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam satu operasi dekat sini, awal pagi tadi.

Operasi yang diketuai oleh seorang pegawai bersama sembilan anggota berjaya menahan bot pancung tersebut di pesisir Pantai Parit Jabar, Senggarang hasil maklumat yang diterima dan risikan yang telah dijalankan.

Menurut Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang sebanyak 23,010 paket rokok pelbagai jenama yang bernilai RM 278,094.27 berjaya dirampas.

" Ia merupakan rampasan rokok kontraban kali ke sembilan bagi tahun ini dan jumlah nilai rampasan rokok keseluruhannya bagi PPM Wilayah 2 mencecah hampir RM4 juta.

" Aktiviti penyeludupan merupakan satu daripada cabaran terbesar PDRM khususnya PPM memandangkan jenayah ini menjadi semakin terancang dan bersindiket bahkan ada jaringan kerjasama 'joint venture' membabitkan penjenayah dari kedua-dua negara, jelas beliau lagi.

Beliau menasihatkan orang ramai khususnya para nelayan supaya menyalurkan maklumat kepada PPM jika terdapat sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan negara.

CUBAAN SELUDUP ROKOK GAGAL
ArtikelDiterbitkan 25 Nov 2014 3.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM