Artikel
Cubaan Seludup Keluar Kayu Bakau Digagalkan Marin
Pulau Indah, 5 Mac - Cubaan membawa keluar 450 batang kayu bakau di Hutan Simpan Pulau Indah berjaya digagalkan sepasukan anggota polis Pasukan Polis Marin (PP...
Pulau Indah, 5 Mac - Cubaan membawa keluar 450 batang kayu bakau di Hutan Simpan Pulau Indah berjaya digagalkan sepasukan anggota polis Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Pelabuhan Klang tengahari tadi.
"Bertindak atas maklumat kecurian kayu bakau di Hutan Simpan Pulau Indah, PPM Pelabuhan Klang menjalankan Operasi Landai berhampiran Sg Labuhan Gurap dan berjaya menahan sebuah lori yang sarat muatan kayu bakau.
"Pemeriksaan lanjut yang dilakukan mendapati pemandu lori berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan kayu bakau terbabit", jelas ACP Mohd Yusof Abdullah, Komander PPM Wilayah 1.
Pemandu berusia 55 tahun tersebut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 618 Enakmen (Pemakaian), Akta Perhutanan Negara, 1985.
Lori serta muatan kayu bakau berkenaan bernilai RM4,500 diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Selangor untuk tindakan lanjut.