BUKIT AMAN, 22 Julai – Dua cubaan penyeludupan dadah dari luar negara telah berjaya disekat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam tempoh seminggu ini. Antara siri kejayaan yang dilakarkan oleh JSJN Bukit Aman pada 19 Julai, seorang Nigeria berumur 32 tahun telah ditahan di sekitar kawasan penghantaran pos laju, Puchong, Selangor.
Semasa tangkapan polis turut merampas satu bungkusan yang telah dihantar dari negara Argentina berisi pakaian jaket mengandungi dadah yang disyaki kokain yang telah diserap ke dalam lapisan pakaian tersebut.
Pada 20 Julai lalu, JSJN Bukit Aman telah menangkap 2 lelaki Pakistan dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kilang di penuhi pelbagai kotak berisi barangan garam, mee hoon, sos tomato dan jeruk (Mixed Pickle) kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.
Hasil pemeriksaan polis telah berjaya menemui 195 paket (110.4 KG) dadah heroin gred tinggi yang disorokkan di dalam kotak jeruk. Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM6.62 juta.
Lanjutan dari tangkapan itu, pada 21 Julai polis telah berjaya menangkap 5 lelaki Pakistan di sebuah kediaman Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.
Kesemua tangkapan adalah berumur di antara 26 hingga 39 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.

YDH Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah JSJN menunjukkan modus operandi penyeludupan dadah.

Antara dadah jenis heroin yang ditemui.

Dadah jenis kokain yang diserap ke dalam tuala.