Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cubaan Penoreh Getah Seludup Daun Ketum Gagal

Published: 20 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Cubaan seorang penoreh getah dipercayai untuk menyeludup sejumlah 620 bungkusan daun ketum dengan anggaran berat 200 kilogram ke negara jiran gagal apabila ditahan polis di Asun di sini awal pagi, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-penoreh-getah-seludup-daun-ketum-gagal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:01 MYT

Kubang Pasu , 19 Okt . - Cubaan seorang penoreh getah dipercayai untuk menyeludup sejumlah 620 bungkusan daun ketum dengan anggaran berat 200 kilogram ke negara jiran gagal apabila ditahan polis di Asun di sini awal pagi, hari ini. 

Ketua Polis daerah, Superintenden Abd. Rahim Abdullah berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada pukul 5.40 pagi setelah dilihat berkelakuan mencurigakan di dalam kereta jenis Proton Saga yang dinaikinya ketika menghala ke arah Changlun. 

Abd. Rahim Abdullah berkata, lelaki yang berasal dari Naka itu dan daun ketum yang mempunyai nilai pasaran dari RM60 hingga RM80 sekilogram di Thailand tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Jitra untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Utusan Malaysia
Cubaan Penoreh Getah Seludup Daun Ketum Gagal

ArticlePublished 20 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM