Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Masuk 1 018 Pti Dipatahkan Marin

Diterbitkan: 12 May 2015 1.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Langkawi, 11 Mei – Seramai 1,018 pendatang asing tanpa izin (PTI) warga Myanmar dan Bangladesh yang cuba memasuki Negara ini melalui jalan laut berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-masuk-1-018-pti-dipatahkan-marin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:47 MYT
Langkawi, 11 Mei – Seramai 1,018 pendatang asing tanpa izin (PTI) warga Myanmar dan Bangladesh yang cuba memasuki Negara ini melalui jalan laut berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah, berkata bertindak dari maklumat risikan, pihak polis telah membuat serbuan di beberapa sekitar kawasan Pulau Langkawi.

“Tangkapan pertama berjaya dibuat pihak polis apabila sebuah bot yang membawa PTI terkandas di kawasan pantai di Langkawi, manakala tangkapan kedua pula dilakukan di kawasan Tanjung Biawak, Kuala Temonyong.

“Kesemua PTI yang berjaya ditahan ini akan dihantar ke pusat tahanan yang telah ditetapkan,” katanya.

Yusof juga berkata pihak polis sentiasa bersiap siaga bagi mengekang lebih banyak kemasukan PTI ke Langkawi.

Cubaan Masuk 1 018 Pti Dipatahkan Marin
ArtikelDiterbitkan 12 May 2015 1.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM