Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cubaan Loloskan Diri Gagal Pengedar Dadah Di Tahan 20140619

Published: 19 Jun 2014 12.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 28 Jan - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah dipercayai heroin seberat 16.2 gram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Banggol Kulim Fasa Satu, di Machang, awal hari ini..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-loloskan-diri-gagal-pengedar-dadah-di-tahan-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:18 MYT

Kota Baharu, 28 Jan - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah dipercayai heroin seberat 16.2 gram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Banggol Kulim Fasa Satu, di Machang, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata dalam serbuan pada 3.30 pagi itu, suspek berumur 37 tahun yang dipercayai pengedar dadah itu cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis.

"Bagaimanapun, anggota polis berjaya menahan suspek dan pemeriksaan ke dalam beg pinggang miliknya menjumpai tiga botol plastik bertutup kuning berisi serbuk putih, satu tiub straw berisi serbuk putih, satu tiub straw berisi dua biji pil yang dipercayai pil Yaba dan wang tunai yang disyaki hasil jualan dadah.

"Kita turut menemui sebuah motosikal curi jenis Yamaha 135LC yang digunakan suspek," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau, dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 12.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM