Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Larikan Wang Dari Mesin Atm Gagal

Diterbitkan: 06 Aug 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua individu gagal dalam cubaan mereka untuk melarikan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) dari sebuah bank di Taman Putra, Ampang dekat sini awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-larikan-wang-dari-mesin-atm-gagal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:47 MYT

Kuala Lumpur, 7 Ogos - Dua individu gagal dalam cubaan mereka untuk melarikan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) dari sebuah bank di Taman Putra, Ampang dekat sini awal pagi tadi.

Anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotor (URB) segera bergegas ke bank berkenaan setelah menerima maklumat bahawa alat penggera keselamatan di bank itu berbunyi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-duanya telah menarik mesin ATM berkenaan dengan menggunakan kenderaan pikap.

"Dua suspek yang masing-masing bersenjatakan kuku besi dan tukul bertindak mengikat tali pada mesin berkenaan lalu menariknya keluar dengan menggunakan kenderaan itu.

"Mereka bagaimanapun gagal mengambil wang yang terdapat di dalam mesin berkenaan dan ketika anggota URB tiba, mereka telah melarikan diri," katanya kepada Bernama.

Gerakan memburu kedua-duanya sedang dilakukan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM