Kota Bharu - Cubaan seorang pengedar dadah untuk melarikan diri daripada polis, gagal apabila terperangkap selepas kenderaannya merempuh dua kenderaan lain. Suspek berusia 28 tahun itu yang ditahan di Bukit Mas, Tanah Merah, dekat sini, kelmarin, dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah di sekitar daerah itu.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata dalam kejadian jam 5.20 petang itu, anggotanyabertindak pantas menghimpit kenderaan suspek apabila dia melanggar dua kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat.
"Kenderaan polis segera menghimpit kereta PROTON Wira yang dinaiki suspek sebelum berlaku sedikit pergelutan ketika menahannya " katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kota Bharu di sini, semalam.
Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis menemui 10 botol plastik berisi heroin dianggarkan bernilai RM20,000.
"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya," katanya.
Sumber: Berita Harian
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Cubaan Edar Dadah Tumpas
Kota Bharu - Cubaan seorang pengedar dadah untuk melarikan diri daripada polis, gagal apabila terperangkap selepas kenderaannya merempuh dua kenderaan lain. Suspek berusia 28 tahun itu yang ditahan di Bukit Mas, Tanah Merah, dekat sini, kelmarin, dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah di sekitar daerah itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-edar-dadah-tumpas
Scan to view the latest live version.