Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan 2 Lelaki Seludup Diesel Gagal

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepasukan Cawangan Tugas Am (GD) Balai Polis Teluk Panglima Garang berjaya mematahkan cubaan dua lelaki menyeludup minyak diesel subsidi kerajaan diprcayai untuk dijual kepada pihak ketiga, apabila di..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-2-lelaki-seludup-diesel-gagal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:20 MYT

Sepasukan Cawangan Tugas Am (GD) Balai Polis Teluk Panglima Garang berjaya mematahkan cubaan dua lelaki menyeludup minyak diesel subsidi kerajaan diprcayai untuk dijual kepada pihak ketiga, apabila ditahan ketika sedang mengisi bahan api tersebut di Stesen Minyak Petronas, Batu 7, Sijangkang awal pagi semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati enam tong plastik dengan isi padu lebih kurang 675 liter mengandungi cecair disyaki minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM1,350 bagi keenam-enam tong dalam dua lori berkenaan.

Suspek dibawa ke IPD Kuala Langat tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Cubaan 2 Lelaki Seludup Diesel Gagal
Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM