Cuba Lagak Pandai Depan Polis Pengedar Dadah Ditahan
Polis Selangor meneruskan siri membasmi pengedaran najis dadah setelah berjaya menahan seorang lelaki yang berumur lewat 40-an ketika dia dalam perjalanan mengedar dengan menaiki motosikal.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard, cubaan lelaki terbabit yang cuba menggaburi mata pihak berkuasa ketika pemeriksaan dibuat dengan menyorokkan dadah di bawah ketiaknya tidak berhasil setelah polis menemui 20 paket plastik berisi heroin seberat 31.76 gram di tubuh badannya.
Suspek yang turut positif ujian air kencing yang dijalankan keatasnya mengakui menerima bekalan dadah dari Kuala Lumpur sebelum menjualnya kepada penagih dengan harga RM50 sepaket.
Sumber: Sinar Harian