Artikel
Crisis Management Vehicle Cmv Memantapkan Lagi Perkhidmatan Pdrm
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengorak langkah dalam penambahbaikan mutu perkhidmatan mereka kepada masyarakat menerusi pendekatan terbaru dengan me...
Cheras
, 15 Jun 2011 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengorak
langkah dalam penambahbaikan mutu perkhidmatan mereka kepada masyarakat
menerusi pendekatan terbaru dengan memperkenalkan 'Crisis Management Vehicle' (CMV) di Maktab PDRM Cheras pada hari ini.
CMV merupakan bas yang berfungsi sebagai 'Contingent Control Centre' di mana ianya bergerak bagi mengawal keadaan di tempat kejadian secepat mungkin dan secara langsung (live telecast), dalam ertikata lain menjadi bilik gerakan di sesuatu lokasi kejadian atau bencana dan sebagai Pusat Pentadbiran Utama di lokasi tersebut.
Ianya juga terbahagi kepada dua ruang iaitu Bilik Taklimat yang dilengkapi Smart Board Monitor yang bertujuan untuk memaparkan sebarang imej atau rakaman yang dirakam oleh CCTV dan 'carry cam' serta Bilik Gerakan yang turut dilengkapi system CCTV yang mempunyai 1 kamera di bahagian hadapan dan 1 lagi di bahagian belakang bas.
Ruang ini turut dilengkapi telefon wireless dan 'carry cam' yang dibawa oleh anggota bertugas bertujuan untuk merakam lokasi kejadian.

YDH DIG Datuk Sri Khalid bin Abu Bakar melawat CMV yang akan dilancarkan bagi kawasan Kuala Lumpur.

Bilik Mesyuarat, salah satu kelengkapan yang terdapat dalam CMV.
Wartawan : L/kpl Irfan bin Bujang
Jurugambar : Konst Raymond Martin
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan

Kelengkapan-kelengkapan CMV.