Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Crime Alert Tabur Duit Curi Duit

Published: 19 Aug 2014 9.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap baik hati, peramah dan sentiasa berprasangka baik namun ia mampu memakan diri jika terlalu mudah mempercayai apa yang dilihat dan didengari. Terbaharu, Polis mengesan satu taktik pelaku jenayah yang menabur wang kertas di atas jalan raya bagi mengumpan mangsa keluar dari kenderaan sebelum bertindak melarikan barangan berharga seperti wang tunai dan beg tangan yang diletakkan dalam kenderaan dinaiki. Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/crime-alert-tabur-duit-curi-duit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:43 MYT
CRIME ALERT: TABUR DUIT, CURI DUIT
Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap baik hati, peramah dan sentiasa berprasangka baik namun ia mampu memakan diri jika terlalu mudah mempercayai apa yang dilihat dan didengari.

Terbaharu, Polis mengesan satu taktik pelaku jenayah yang menabur wang kertas di atas jalan raya bagi mengumpan mangsa keluar dari kenderaan sebelum bertindak melarikan barangan berharga seperti wang tunai dan beg tangan yang diletakkan dalam kenderaan dinaiki.

Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

M.O

  1. Suspek terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita
  2. Suspek wanita akan mengetuk cermin pintu di bahagian pemandu dan menunjukkan terdapat wang bertaburan di tayar bahagian belakang kenderaan
  3. Suspek lelaki akan keluar dari lokasi persembunyian dan meluru masuk ke dalam kereta untuk mengambil barang berharga semasa mangsa keluar melihat wang yang bertaburan.

 Nasihat

  1. Sekiranya anda diekori oleh mana-mana individu tidak dikenali jangan terus ke kenderaan. Alih perhatian suspek dengan menuju ke tempat yang selamat sehingga suspek hilang minat terhadap anda untuk dijadikan sasaran.
  2. Pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum menaiki kenderaan sekiranya anda bersendirian.
  3. Jangan meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil dan jauh pandangan awam untuk ke sesuatu tempat membuat sebarang urusan.
Crime Alert Tabur Duit Curi Duit
ArticlePublished 19 Aug 2014 9.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM