Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Crime Alert Jerat Keluarga Tipu

Diterbitkan: 06 Mar 2015 12.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Wanita seksi dan lelaki ‘jambu’ digunakan sebagai umpan oleh sekumpulan penjenayah untuk memerangkap mangsa yang dikenali melalui laman facebook (FB) sebelum bertindak memeras ugut mereka. Kumpulan ini dipercayai bergerak aktif sekitar Lembah Klang dan dipercayai telah memperdayakan lebih daripada seorang mangsa. Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/crime-alert-jerat-keluarga-tipu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:59 MYT
Wanita seksi dan lelaki ‘jambu’ digunakan sebagai umpan oleh sekumpulan penjenayah untuk memerangkap mangsa yang dikenali melalui laman facebook (FB) sebelum bertindak memeras ugut mereka.

Kumpulan ini dipercayai bergerak aktif sekitar Lembah Klang dan dipercayai telah memperdayakan lebih daripada seorang mangsa.

Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi
- Suspek berkenalan dengan mangsa menerusi laman sosial Facebook sebelum dipelawa berjumpa
- Suspek terdiri daripada lima hingga tujuh individu yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’
- Mangsa akan diumpan dengan suspek di kalangan wanita yang seksi atau lelaki ‘jambu’ di laman facebook sebelum berjumpa
- Dalam pertemuan, suspek akan menuduh mangsa mencabul atau melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum memanggil ‘ahli keluarganya’ bagi mendapatkan bantuan
- Suspek lain yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’ kemudiannya akan bertindak memukul mangsa sebelum memeras ugut untuk mengenakan denda yang digelar ‘dam’ selain merampas barang milik mangsa sebagai penyelesaian

Nasihat
- Tidak mudah percaya dengan individu yang ingin berkenalan dalam waktu yang singkat
- Kenal pasti identiti suspek sebelum meneruskan perbualan menerusi laman sosial
- Jangan mudah percaya dengan janji-janji manis yang diberikan oleh suspek dalam perbualan menerusi laman sosial facebook
- Sekiranya mangsa mengajak untuk berjumpa, pastikan anda ditemani atau hadir dalam kumpulan bagi memastikan tidak terpedaya dengan taktik digunakan suspek
- Kenal pasti suspek yang terlibat seperti jenis kenderaan yang dinaiki, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina)

Crime Alert Jerat Keluarga Tipu
ArtikelDiterbitkan 06 Mar 2015 12.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM