Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Crime Alert Hati Hati Taktik Pintas Sebelum Samun Mangsa

Published: 16 Feb 2021 6.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Jika anda sedang memandu kereta dan berasa seperti sedang diekori oleh kenderaan yang mencurigakan, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/crime-alert-hati-hati-taktik-pintas-sebelum-samun-mangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:59 MYT
Jika anda sedang memandu kereta dan berasa seperti sedang diekori oleh kenderaan yang mencurigakan, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan taktik yang digunakan oleh penjenayah dengan cara memintas kenderaan sebelum melakukan kegiatan samun.

Ikuti modus operandi penjenayah tersebut dan nasihat daripada pihak Polis untuk mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya:

1. Suspek dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda akan membuat pintasan di hadapan kereta mangsa secara berbahaya.

2. Seterusnya, dengan bersenjatakan parang suspek menghampiri kereta dan memecahkan cermin pintu di tempat duduk pemandu dan penumpang.

3. Mangsa kemudiannya akan ditarik keluar dari kereta sebelum suspek melarikan kenderaan berkenaan bersama barangan berharga.

Sekiranya anda mengalami kejadian sedemikian adalah dinasihatkan untuk tidak melawan bagi melindungi keselamatan diri dan penumpang.

Hubungi talian kecemasan 999 untuk dapatkan bantuan dengan kadar segera.

Jom layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 16 Feb 2021 6.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM