Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Crime Alert Elak Diri Jadi Mangsa Jenayah

Diterbitkan: 07 Feb 2020 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kes jenayah yang semakin menjadi-jadi saban hari terutama membabitkan ragut, seluk saku, kecurian dan rogol menyebabkan orang ramai berasa tidak selamat menjalani kehidupan harian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/crime-alert-elak-diri-jadi-mangsa-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:20 MYT

Kes jenayah yang semakin menjadi-jadi saban hari terutama membabitkan ragut, seluk saku, kecurian dan rogol menyebabkan orang ramai berasa tidak selamat menjalani kehidupan harian.

Semua pihak terutama remaja perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara seumpama berlaku ke atas diri mereka atau orang lain.

Remaja perlu mengambil sikap ambil tahu dan meningkatkan kesedaran diri tidak hanya mementingkan diri terutama ketika berhadapan dengan jenayah kerana tindakan cekap mereka mampu menyelamatkan harta benda malahan nyawa.

Jenayah ragut dan seluk saku biasanya berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi. Kebiasaanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal manakala penyeluk saku bertindak di tempat yang sibuk.

Antara langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa jenayah adalah seperti berikut:

1. Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli belah.

2. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.

3. Pastikan anda mengepit dan membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk.

4. Elakkan tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan tanpa dijaga.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#CrimeAlert
#05022020

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2020 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM