Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdl 2020 Peta Laluan Le Tour De Langkawi

Diterbitkan: 07 Feb 2020 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Human Voyage akan menganjurkan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 yang akan berlangsung mulai 6 Februari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2020-peta-laluan-le-tour-de-langkawi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:03 MYT

Human Voyage akan menganjurkan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 yang akan berlangsung mulai 6 Februari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa. Kayuhan akan bermula di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah, iaitu perlumbaan Kriterium Antarabangsa Malaysia (Malaysia Internasional Criterium Race) sebagai perlumbaan khas bersempena sambutan Jubli Perak LTdL 2020 dan peringkat pertama bermula di Kuching, Sarawak dengan keseluruhan mempunyai 8 peringkat sebelum berakhir di Pulau Langkawi, Kedah dengan acara baharu diperkenalkan iaitu perlumbaan Klasik Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Classic Race) sebagai penutup perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 1441 km.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi dan laluan yang terlibat.

Kriterium Antarabangsa Malaysia : Kota Kinabalu (86.7km)
Tarikh : 06/02/2020 (Khamis)
Lokasi Pelepasan : Padang Merdeka, Kota Kinabalu
Masa Pelepasan : 8.30 pagi
Lokasi Penamat : Padang Merdeka, Kota Kinabalu
Jangkaan Masa Sampai : 10.40 pagi
Kontinjen Terlibat : Sabah
Daerah Terlibat : Kota Kinabalu

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Padang Merdeka - Jalan K.K ByPass - Bulatan Captol - Jalan Tunku Abdul Rahman - Jalan Tuaran - Simpang Dah Yeh Villa - Jalan Kompleks Sukan - Bulatan Stadium Likas - Jalan Istiadat ¬ Bulatan Istiadat - Jalan Tun Fuad Stephen - Bulatan Perkasa – Jalan K.K ByPass – Padang Merdeka.

Lokasi permulaan dan penamat bagi semua peringkat perlumbaan akan ditutup 2 jam lebih awal sebelum dan selepas pelepasan bagi kerja-kerja pemasangan dan membuka peralatan khemah dan pentas. Manakala lokasi laluan akan ditutup sejam atau seminima masa yang boleh mengikut keadaan tempat berkenaan lebih awal bagi mengubah, melencong atau mengalih setiap halangan yang dikenal pasti oleh petugas trafik pada masa perlumbaan sedang berlangsung.

Pemakluman kepada orang ramai

• Memberi kerjasama serta mematuhi segala arahan anggota polis yang bertugas semasa acara berlangsung agar tiada sebarang halangan lalu lintas di sepanjang laluan perlumbaan.
• Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kesulitan.
• Segala operasi penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat yang dijangka 30 minit sebelum peserta perlumbaan melalui laluan di lokasi yang ditetapkan.
• Pastikan tiada halangan atau meletakkan kenderaan secara statik di sepanjang laluan perlumbaan.
• Semua pengguna jalan raya perlu mengikuti perkembangan maklumat penutupan jalan dan lencongan berperingkat di kawasan terbabit melalui hebahan media negeri masing-masing bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020.

Image may contain: text and outdoor

No photo description available.

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2020 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM