Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cp Datuk M Kumar Terajui Jsj Pdrm

Published: 08 Aug 2025 10.38 AM Updated: 23 Sep 2026 2.56 PM
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2025 – CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu hari ini secara rasmi menerajui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cp-datuk-m-kumar-terajui-jsj-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:56 MYT
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2025 – CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu hari ini secara rasmi menerajui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) pengarah telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail kepada Datuk M. Kumar di hadapan para tetamu yang hadir.

Acara diteruskan dengan penyerahan tugas jawatan Pengarah JSJ antara pemangkunya, DCP Dato’ Fadil Marsus dengan disaksikan oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid disusuli penyerahan dokumen rasmi bersama tongkat kuasa sebagai simbolik penyerahan rasmi jawatan dan tanggungjawab yang bakal dipikul oleh Datuk M. Kumar sebagai nombor satu jabatan berkenaan.

Datuk M. Kumar telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk menerajui JSJ selaras dengan arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis pada 26 Jun lalu.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah berkhidmat hampir 34 tahun dalam pasukan. Sepanjang tempoh tersebut, Datuk M. Kumar telah menyandang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Polis (KP) Johor, Timbalan KP Johor dan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Siasatan) JSJ Bukit Aman.

Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid dalam ucapannya berkata, pelantikan Datuk M. Kumar sebagai Pengarah JSJ yang baharu merupakan satu langkah tepat berdasarkan pengalaman luas dalam bidang penyiasatan dan perancangan strategik.

“Harapan saya, Datuk akan membawa arus perubahan positif dan signifikan demi memacu keberdayaan jabatan ini dalam menghadapi cabaran masa kini demi kesejahteraan masyarakat serta keselamatan negara,” ujar beliau.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung acara serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JSJ antara pemangkunya, Datin Nurashidah Ishak dengan Datin Shanti P. Santhanam Pillai yang sebelum ini merupakan Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor. Ia disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, para pegawai kanan, ahli-ahli PERKEP dan rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people, dais and text that says 'ப்ர DIRAJA BALIELA lajlis Serah Terima Tugas PENGARAK STAN SIASATAN JENAYAH SIKA MEH OH ALID BI

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of ‎3 people and ‎text that says '‎ROUS BIRAJA က် Majliş Serah Terima ARAH JABATA SATANJI 매 ขก Tugas 日來富オ اه DIS

May be an image of 4 people, dais and text that says 'YDI p6T8 DIRAJA PLTSIB lajlis Serah Terima Tugas PENGARAH y IN SIASATAN JENAYAH SIKAN OLEH AOHr ALID
ArticlePublished 08 Aug 2025 10.38 AMUpdated 23 Sep 2026 2.56 PM