Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cp Dato Hussein Omar Khan Terajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Diterbitkan: 21 Jul 2025 7.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 - CP Dato’ Hussein Omar Khan hari ini secara rasmi menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cp-dato-hussein-omar-khan-terajui-jabatan-siasatan-jenayah-narkotik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:51 MYT
Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 - CP Dato’ Hussein Omar Khan hari ini secara rasmi menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Majlis pagi tadi dimulakan dengan acara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) pengarah yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail kepada Dato’ Hussein di hadapan para tetamu yang hadir.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara serah terima tugas jawatan Pengarah JSJN antara pemangkunya, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dan Dato’ Hussein sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid disusuli penyerahan dokumen rasmi bersama tongkat kuasa.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung acara serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JSJN antara pemangkunya, Datin Rosmini Ibrahim dengan Datin Liliyana Haryanti Dato’ Mohd Harunizam yang sebelum ini merupakan Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor. Acara tersebut disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose.

Berucap dalam majlis yang diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid merakamkan penghargaan kepada Datuk Mat Zani @ Mohd Salehuddin atas sumbang bakti dan komitmen beliau sepanjang tempoh memangku jawatan Pengarah JSJN.

Pelantikan Dato’ Hussein merupakan satu manifestasi keyakinan pucuk pimpinan terhadap kredibiliti serta kepakaran beliau dalam bidang siasatan jenayah sekali gus melengkapkan barisan kepimpinan JSJN yang sebelum ini disandang oleh CP Dato' Seri Khaw Kok Chin yang bersara wajib pada 17 Mac lalu.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Sains Siasatan Forensik dari Universiti Leicester, United Kingdom telah menabur bakti hampir 27 tahun dalam Pasukan dan pernah menyandang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Polis Selangor, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana, Jabatan Perdana Menteri, Ketua Databank DNA, Makmal Forensik PDRM serta Ketua Penolong Pengarah, Siasatan Databank DNA (D13), JSJ Bukit Aman.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM, para pegawai kanan, ahli-ahli PERKEP dan rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.


May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais, newsroom and text

May be an image of 4 people, violin, dais and text that says 'YDH Majlis Serah AIA Terima MBLTELA Tugas PENGARAH BATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK DISAKSIKAN

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 21 Jul 2025 7.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM