
Artikel
Cp Dato Azmi Secara Rasmi Sandang Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm
Kuala Lumpur, 24 Mac 2023 - Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim hari ini secara rasmi menyandang jawatan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malays...
Kuala Lumpur, 24 Mac 2023 - Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim hari ini secara rasmi menyandang jawatan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Seusai itu, berlangsung acara serah terima tugas jawatan Pengarah Pengurusan di antara pemangkunya, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato’ Nerita Yaacob dengan Dato’ Azmi yang disaksikan oleh Tan Sri Acryl Sani, dan disusuli penyerahan dokumen rasmi serta tongkat kuasa.
Pemangkuan sementara jawatan Pengarah Pengurusan oleh Dato’ Nerita sejak 8 Mac lalu adalah susulan persaraan wajib CP Dato’ Zaini Jass.
Seterusnya berlangsung serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan di antara Dato’ Nerita yang juga memangku jawatan tersebut kepada isteri Dato’ Azmi, Datin Sharifah Rodziah Syed Agil yang sebelum ini merupakan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur. Acara tersebut disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.
Hadir sama dalam majlis tadi ialah barisan Pengarah PDRM, para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam serta ahli-ahli PERKEP.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.





