Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Waragainstdrugs Artikel Pilihan Guna Duit Bpn Beli Dadah

Published: 09 Apr 2020 7.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Alor Setar, 9 April 2020- Lelaki sanggup menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang baru diperoleh semalam semata-mata untuk membeli dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-waragainstdrugs-artikel-pilihan-guna-duit-bpn-beli-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:59 MYT

Alor Setar, 9 April 2020- Lelaki sanggup menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang baru diperoleh semalam semata-mata untuk membeli dadah.

Lelaki berusia 24 tahun itu bagaimanapun ditahan polis dalam pemeriksaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Pantai Johor ke Gunung Keriang, Alor Setar, pada 11 malam tadi ketika baru membeli dadah.

Turut ditemui, satu paket dadah dipercayai syabu seberat lima gram dianggarkan bernilai RM450 dan sebotol air ketum. Hasil siasatan polis juga mendapati, suspek pernah mempunyai rekod kesalahan dadah dan baru enam bulan keluar penjara.

Dalam pemeriksaan di lokasi itu juga polis turut menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan menemui sebuah motosikal curi jenis Honda yang dilaporkan hilang di Kubang Pasu serta sebilah pisau. Hasil semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu dua kes memiliki dadah dan satu kes disyaki penagih.

Dalam pada itu, seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berjaya mengejarnya sejauh 1.5 kilometer selepas cuba merempuh sekatan polis di lokasi.

Remaja itu dikatakan memecut motosikal Yamaha 125z yang ditungganginya sebelum terbabas dan berjaya ditahan polis. Hasil soal siasat mendapati suspek mendakwa panik melihat polis melakukan sekatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Tuan Mohd Rozi Jidin berkata, dalam sekatan yang dilakukan malam tadi, seramai 17 orang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Bacaan lanjut di pautan https://www.hmetro.com.my/…/guna-duit-bpn-beli-dadah-metrotv

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Waragainstdrugs Artikel Pilihan Guna Duit Bpn Beli Dadah
ArticlePublished 09 Apr 2020 7.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM