Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Update Artikel Pilihan Terima Kasih Inspektor Sinniah

Diterbitkan: 26 Apr 2020 3.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 26 April 2020 - "Pada mulanya saya ingat dia membawa mayat kerana keadaan bayi itu tidak berbalut," kata Inspektor Sinniah Rajoo, ketika membantu pelancong Russia yang baru melahirkan bayi di sebuah hotel di sini. Inspektor Sinniah berkata, dalam kejadian pada 24 April lalu, dia ketika itu bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Ampang. "Saya kemudian melihat seorang lelaki Russia membawa bayi dalam kea
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-update-artikel-pilihan-terima-kasih-inspektor-sinniah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT

Kuala Lumpur, 26 April 2020 - "Pada mulanya saya ingat dia membawa mayat kerana keadaan bayi itu tidak berbalut," kata Inspektor Sinniah Rajoo, ketika membantu pelancong Russia yang baru melahirkan bayi di sebuah hotel di sini.

Inspektor Sinniah berkata, dalam kejadian pada 24 April lalu, dia ketika itu bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Ampang.

"Saya kemudian melihat seorang lelaki Russia membawa bayi dalam keadaan tidak bergerak, ketika itu saya tidak perasan ada wanita di belakangnya.

"Selepas menahan lelaki terbabit, saya terkejut melihat bayi yang dipangkunya tidak dibalut manakala pasangan itu dalam keadaan kurus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Inspektor Sinniah berkata, dia bersama seorang lagi anggota membantu kedua-dua warga Russia berkenaan dan turut menukar lampin pakai buang bayi terbabit.

"Keadaan bayi itu sangat menyedihkan, tali pusatnya masih berdarah. Kami membantu membersihkan bayi berkenaan.

"Saya juga bertanya mereka mengenai kelahiran bayi itu. Lelaki berkenaan berkata dia sendiri yang menyambut kelahiran di sebuah hotel," katanya.

Menurutnya, pasangan berkenaan yang berusia lingkungan 30-an adalah pelancong.

"Mereka mendakwa sudah kehabisan wang. Atas dasar kemanusiaan saya dan anggota menghulurkan bantuan.

"Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Tun Razak sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: 1 person, standing and sitting
Image may contain: one or more people and people sitting

ArtikelDiterbitkan 26 Apr 2020 3.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM