
Covid 19 Timbalan Kpn Dekati Petugas Op Covid 19 Di Lapangan
Sungai Buloh, 17 April 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor meluangkan masa dengan mendekati para petugas Polis Diraja Malaysia dalam Op Covid-19 yang diadakan di Tol Hospital Sungai Buloh, di sini, tengah hari tadi.
Dato' Pahlawan Mazlan turut melihat kelengkapan penugasan yang disediakan agar keperluan dan kebajikan para petugas sentiasa diutamakan.
Selain itu, beliau juga mengingatkan mereka supaya menjaga keselamatan diri dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Shafa’aton Abu Bakar bersama timbalannya, DSP Zainuddin Abdul Hamid.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku pelawat.
Sekitar lawatan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor melihat kelengkapan penugasan yang disediakan.