
Covid 19 Scam Alert Tipu Pinjaman Wang Tidak Wujud
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai pihak yang terkesan terutamanya peniaga-peniaga kecil dan pekerja yang hanya mendapat gaji harian sepanjang PKP ini.
Namun begitu, sekiranya anda memerlukan pinjaman kewangan elakkan untuk berurusan dengan tawaran pinjaman wang melalui atas talian atau media sosial. Terutama pada tawaran seperti mudah lulus, faedah rendah, proses cepat dan mudah.
Abaikan jika anda diminta membuat bayaran proses, guaman atau lain-lain bayaran untuk pinjaman wang tersebut.
Jangan sampai duit pinjaman tidak dapat, duit simpanan anda pun akan turut lenyap. Elakkan menjadi mangsa pinjaman wang tidak wujud.
Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police
#ScamAlert
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP