Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Scam Alert Keratan Akhbar Pilihan Kes Tipu Topeng Muka Catat Kerugian Hampir Rm5 Juta

Diterbitkan: 24 Apr 2020 3.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 24 April 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman merekodkan 498 kes penipuan penjualan penutup hidung dan mulut dengan kerugian hampir RM5 juta sepanjang pelaksanaan Op Covid-19 bermula 18 Mac lalu sehingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-scam-alert-keratan-akhbar-pilihan-kes-tipu-topeng-muka-catat-kerugian-hampir-rm5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:32 MYT

Kuala Lumpur, 24 April 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman merekodkan 498 kes penipuan penjualan penutup hidung dan mulut dengan kerugian hampir RM5 juta sepanjang pelaksanaan Op Covid-19 bermula 18 Mac lalu sehingga semalam.

Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad berkata, dalam tempoh itu sebanyak 498 kertas siasatan dibuka dengan 114 individu ditahan manakala 14 sudah dituduh di mahkamah.

Beliau berkata Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 111 kertas siasatan dibuka, diikuti Perak (57 kertas siasatan) serta Johor dan Pulau Pinang, masing-masing dengan 56 kertas siasatan.

“Dalam tempoh Januari sehingga semalam, jumlah kes penipuan penutup hidung dan mulut melalui laman Facebook mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 481 kes diikuti aplikasi WhatsApp (94 kes) dan laman web mudah.my (33 kes),” katanya semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArtikelDiterbitkan 24 Apr 2020 3.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM