
Covid 19 Posting Pilihan Terima Kasih Para Petugas Kerana Menjaga Saya Dengan Baik
Seorang rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara, Saudara Shacind Ananthan menzahirkan rasa bangga dan terharu atas layanan baik para petugas barisan hadapan ketika beliau tiba di tanah air, baru-baru ini.
Menurutnya, usaha keras kerajaan Malaysia bagi membendung wabak COVID-19 harus dipuji dan diberi penghargaan sewajarnya oleh seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi status yang dimuat naik dalam akaun facebooknya, Shacind berkata dari dalam kapal terbang lagi hinggalah dibawa ke tempat kuarantin, langkah keselamatan telah dititik beratkan oleh semua petugas bagi memastikan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dipantau dengan sebaiknya.
Tambah Shacind, kesemua yang dikuarantin turut memberi sepenuh kerjasama dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada para petugas yang seikhlas hati menjaga kebajikan mereka.
"Terima kasih sekali lagi Malaysia kerana menjaga saya dengan baik. Saya akan selama-lamanya berbangga menjadi anak Malaysia," ujarnya.
Sumber: Shacind Ananthan
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN