Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Posting Pilihan Mkdn Melawat Petugas Pdrm Dan Jpam Di Lapangan

Published: 22 Mar 2020 11.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menteri Kementerian Dalam Negeri (MKDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin telah berkesempatan untuk melawat para petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang sedang melakukan sekatan jalan raya di sekitar Dang Wangi, Kuala Lumpur, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-posting-pilihan-mkdn-melawat-petugas-pdrm-dan-jpam-di-lapangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:44 MYT

#COVID-19

Kuala Lumpur, 22 Mac 2020 – Menteri Kementerian Dalam Negeri (MKDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin telah berkesempatan untuk melawat para petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang sedang melakukan sekatan jalan raya di sekitar Dang Wangi, Kuala Lumpur, petang tadi.

Selain meninjau pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang telah bermula sejak 18 Mac 2020, beliau turut memberikan kata-kata semangat dan inspirasi kepada para petugas yang berada di lapangan.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Yong Lei Choo.

Sumber: Polis KL

Covid 19 Posting Pilihan Mkdn Melawat Petugas Pdrm Dan Jpam Di Lapangan

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and shoes

ArticlePublished 22 Mar 2020 11.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM