
Covid 19 Posting Pilihan Pengarah Jips Melawat Petugas Pdrm Di Lapangan
#COVID-19
Petaling Jaya, 22 Mac 2020 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman (JIPS), CP Dato' Zamri Yahya melawat para petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang mengadakan sekatan jalan raya Op Covid-19 di sini, pagi tadi.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri keberkesanan operasi yang sedang dijalankan dan pematuhan orang ramai terhadap Peritah Kawalan Pergerakan di samping menyuntik semangat para pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan.
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya