Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Posting Pilihan Kwap Sumbang 6 Unit Dron Kepada Pdrm

Published: 24 Apr 2020 8.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 24 April 2020 – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sumbang enam unit dron kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu pelaksanaan aktiviti pengawasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-posting-pilihan-kwap-sumbang-6-unit-dron-kepada-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:55 MYT

Putrajaya, 24 April 2020 – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sumbang enam unit dron kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu pelaksanaan aktiviti pengawasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis penyerahan yang berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia semalam turut disaksikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abu Bakar.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador serta Ketua Sentiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Tuan Syed Hamadah Syed Othman.

Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Encik Kamarul A Muhamed selaku orang yang bertanggungjawab untuk melatih para anggota PDRM dalam penggunaan dron terbabit turut hadir sama pada majlis berkenaan.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan menzahirkan penghargaan di atas bantuan yang disumbangkan dan kesudian KWAP untuk turut serta membantu petugas barisan hadapan menjalankan tugas bagi membendung wabak COVID-19 dalam negara.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan The Malaya Post

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people, people standing

No photo description available.

Image may contain: 3 people, indoor

Image may contain: people sitting and indoor

ArticlePublished 24 Apr 2020 8.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM