
Covid 19 Posting Pilihan Kedutaan Rusia Hargai Polis Temerloh Bantu Selamatkan Warganya
Temerloh, 18 April 2020 - Kedutaan Rusia berbesar hati memberikan surat penghargaan kepada warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh kerana memberi bantuan kepada rakyatnya, Mr. Maxim Lapin yang terkandas di daerah itu sejak sebulan lalu.
Terdahulu, tular gambar seorang lelaki warga asing yang berlegar-legar di sebuah premis makanan sambil memegang kadbod yang bertulis “I can’t go home and have no money I need a food” selepas beliau terputus hubungan dengan rakan-rakannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di negara ini.
Orang ramai yang simpati dengan keadaan beliau segera menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan sebelum dia kemudiannya dibawa ke Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur bagi urusan pulang ke negara asal, semalam.
Sumber: POLIS Temerloh
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN