Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Posting Pilihan Anggota Polis Bantu Wanita Kemurungan

Diterbitkan: 12 Apr 2020 3.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seri Alam, 12 April 2020 - Kelibat seorang wanita bersama anak kecil berjalan tanpa hala tuju di Jalan Putri di Taman Kota Puteri, Masai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merungkai permasalahan wanita itu dipercayai mengalami kemurungan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-posting-pilihan-anggota-polis-bantu-wanita-kemurungan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:09 MYT

Seri Alam, 12 April 2020 - Kelibat seorang wanita bersama anak kecil berjalan tanpa hala tuju di Jalan Putri di Taman Kota Puteri, Masai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merungkai permasalahan wanita itu dipercayai mengalami kemurungan.

Hasil maklumat awam, sepasukan anggota Unit Ronda Bermotosikal dihantar ke kawasan itu dan menemui dua beranak itu, kelmarin. Menerusi kenyataan dikongsi di Facebook rasmi Polis Daerah Seri Alam, anggota yang dihantar turut membantu membelikan makanan buat dua beranak itu.

"Anggota URB Ibu Pejabat Polis Seri Alam berada di lokasi selepas menerima aduan orang awam yang meminta bantuan kerana dipercayai ibu kepada anak itu mengalami kemurungan. Waris kepada ibu dan anak ini berjaya dikesan dan diserahkan kepada keluarganya," kata kenyataan itu.

Melalui empat foto dikongsikan, anggota URB turut memberi makanan dan minuman kepada anak kecil itu selain membelikan lampin pakai buang untuknya. Kenyataan itu menjelaskan pada ketika PKP sedang dikuatkuasakan, polis menasihatkan masyarakat agar sentiasa menjaga keluarga masing-masing dan tidak mengabaikan ahli keluarga yang sakit dan bermasalah.

Hantaran yang dimuat naik itu serta dikongsi lebih 2,000 kali itu turut mendapat pujian daripada warganet terhadap anggota polis yang turut menjalankan kerja kemanusiaan sambil memastikan rakyat selamat.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor
Image may contain: one or more people and outdoor
Image may contain: one or more people and outdoor
Image may contain: one or more people
Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor
ArtikelDiterbitkan 12 Apr 2020 3.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM