Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Posting Pilihan Anggota Mpv Bantu Warga Emas

Diterbitkan: 21 Apr 2020 8.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pasir Gudang, 21 April 2020 - Seorang wanita warga emas diselamatkan polis malam tadi apabila dia lupa jalan pulang selepas keluar membeli barang di Taman Scientex di Pasir Gudang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-posting-pilihan-anggota-mpv-bantu-warga-emas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:26 MYT

Pasir Gudang, 21 April 2020 - Seorang wanita warga emas diselamatkan polis malam tadi apabila dia lupa jalan pulang selepas keluar membeli barang di Taman Scientex di Pasir Gudang.

Wanita berusia 74 tahun itu diselamatkan anggota polis yang sedang melakukan rondaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira jam 9 malam tadi.

Dalam satu entri di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam malam tadi, wanita itu ditemukan Koperal Mohd Azwan Zainal dan Lans Koperal Muhammad Amirul Syafiq Hasan dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV).

Wanita berkenaan ditemukan bersendirian di kaki lima deretan kedai berhampiran sebuah pasar raya bersama beberapa beg plastik berisi barang keperluan.

“Anggota terbabit menghampiri wanita warga emas berkenaan ini dan bertanyakan jika mengalami masalah dan mendapati wanita ini terlupa jalan pulang selepas membeli barangan keperluan.

“Wanita itu tinggal berseorangan dan selepas membeli barangan keperluan dari pasar raya itu, dia kepenatan dan terlupa jalan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira lapan kilometer dari situ,” kata kenyataan itu.

Anggota polis berkenaan berjaya menemui alamat wanita warga emas melalui satu kad rawatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang dibawanya.

Anggota berkenaan menghantar wanita itu pulang ke rumahnya dan mendapati dia tinggal berseorangan.

Hantaran yang dimuat naik itu mendapat reaksi daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan mulia anggota polis terbabit.

Sumber: Polis Daerah Seri Alam dan Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: outdoor

ArtikelDiterbitkan 21 Apr 2020 8.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM