Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Pic Of The Day Anggota Polis Santuni Warga Emas Sama Sama Kongsi Rezeki

Diterbitkan: 17 Apr 2020 1.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Koperal Hasiah Mt Isa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak sempat menyantuni seorang warga emas dan berkongsi rezeki dengannya semasa dalam perjalanan untuk menghantar makanan buat para petugas OP COVID-19 di Selingsing, Semanggol.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-pic-of-the-day-anggota-polis-santuni-warga-emas-sama-sama-kongsi-rezeki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:53 MYT

Koperal Hasiah Mt Isa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak sempat menyantuni seorang warga emas dan berkongsi rezeki dengannya semasa dalam perjalanan untuk menghantar makanan buat para petugas OP COVID-19 di Selingsing, Semanggol.

Warga emas yang tinggal bersendirian dan mesra dipanggil “Pak Cik” itu telah dihulurkan beberapa bekas makanan berisi nasi lemak untuknya menikmati juadah di waktu pagi.

Rasa bersyukur dan gembira jelas terpancar di wajah Pak Cik serta berulang kali beliau mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut sebelum beredar untuk pulang ke rumahnya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Koperal Hasiah atas sikap prihatin yang dipamerkan. Semoga kita juga sentiasa menghulurkan bantuan dan berkongsi rezeki bersama mereka yang lemah serta kurang berkemampuan.

Sumber: IPD Kerian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PicOfTheDay
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#17042020

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor, text that says 'POLIS'
ArtikelDiterbitkan 17 Apr 2020 1.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM