Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Kes Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Ketika Pkp Adakah Anda Sedar Bahawa Mengabaikan Haiwan Peliharaan Sendiri Merupakan Satu Kesalahan

Published: 21 Apr 2020 8.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Menurut laporan dari Persatuan Haiwan Malaysia, pembuangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing meningkat 3 kali ganda di ibu kota ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-kes-pembuangan-haiwan-peliharaan-meningkat-ketika-pkp-adakah-anda-sedar-bahawa-mengabaikan-haiwan-peliharaan-sendiri-merupakan-satu-kesalahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:24 MYT
Covid 19 Kes Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Ketika Pkp Adakah Anda Sedar Bahawa Mengabaikan Haiwan Peliharaan Sendiri Merupakan Satu Kesalahan
Home / Article / Covid 19 Kes Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Ketika Pkp Adakah Anda Sedar Bahawa Mengabaikan Haiwan Peliharaan Sendiri Merupakan Satu Kesalahan
Back to Library
Article

Covid 19 Kes Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Ketika Pkp Adakah Anda Sedar Bahawa Mengabaikan Haiwan Peliharaan Sendiri Merupakan Satu Kesalahan

Menurut laporan dari Persatuan Haiwan Malaysia, pembuangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing meningkat 3 kali ganda di ibu kota ketika Perintah Kawal...

Menurut laporan dari Persatuan Haiwan Malaysia, pembuangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing meningkat 3 kali ganda di ibu kota ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Antara sebab yang dikenal pasti berlaku kerana ramai pemilik haiwan peliharaan tersebut khuatir akan berlakunya jangkitan wabak COVID-19 dan tidak mampu lagi untuk membela mereka akibat kehilangan sumber pendapatan ketika PKP.

Dalam hal ini, suka Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati masyarakat khasnya pemilik-pemilik haiwan peliharaan agar lebih peka dengan nasib makhluk ciptaan Tuhan itu.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, sehingga kini, TIADA penemuan saintifik menunjukkan terdapat jangkitan daripada haiwan kesayangan kepada manusia. Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2763742767013311&substory_index=0&id=155687487818865

Manakala Garis Panduan Kepada Pemilik Anjing dan Kucing Semasa Tempoh PKP pula boleh dibaca menerusi pautan: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2763863343667920&id=155687487818865

Suka PDRM tegaskan di sini bahawa mana-mana pemilik yang meninggalkan mana-mana haiwan sehingga menyebabkan ia terabai, sakit, lapar dan dahaga boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(p) yang memperuntukkan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun.

Sayangilah haiwan peliharaan anda, kerana mereka juga adalah sebahagian daripada keluarga kita!

Sumber: Free Malaysia Today dan Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Kes Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Ketika Pkp Adakah Anda Sedar Bahawa Mengabaikan Haiwan Peliharaan Sendiri Merupakan Satu Kesalahan
ArticlePublished 21 Apr 2020 8.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM