Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Buka Laluan Khas Petugas Barisan Hadapan

Published: 29 Mar 2020 1.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 29 Mac 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan laluan khas untuk petugas barisan hadapan, kenderaan perdagangan keperluan asas dan petugas perkhidmatan penting.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-buka-laluan-khas-petugas-barisan-hadapan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:30 MYT

Kuala Lumpur, 29 Mac 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan laluan khas untuk petugas barisan hadapan, kenderaan perdagangan keperluan asas dan petugas perkhidmatan penting.

Langkah membuka laluan khas di setiap lebuh raya itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook PDRM bagi memastikan semua pergerakan penting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan lancar.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, menjelaskan laluan berkenaan dikhaskan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta lain-lain agensi yang terbabit secara langsung dengan PKP.

"Turut dibenarkan melalui laluan khas adalah kenderaan perdagangan yang membawa barang keperluan asas dan makanan. Laluan ini dibuka di setiap sekatan di lebuh raya bagi memastikan petugas segera sampai ke destinasi dan tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika pemeriksaan," katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias, berkata langkah itu sedikit sebanyak membantu memudahkan pergerakan lalu lintas, terutama pada waktu pagi atas urusan ke tempat kerja.

Katanya, PLUS Malaysia Berhad akan membantu memaparkan maklumat mengenai pembukaan laluan khas berkenaan pada paparan elektronik VMS (Variable Message System) di semua lebuh raya seliaannya.

“Saya masih menyeru kepada pengguna jalan raya yang tidak berkaitan untuk tidak keluar. Duduk di rumah,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.

Image may contain: car and outdoor

ArticlePublished 29 Mar 2020 1.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM