Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Warga Nigeria Ditahan Cuba Bertindak Agresif Ingkar Pkp

Diterbitkan: 28 Mar 2020 2.49 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Petaling Jaya, 28 Mac 2020 - Masih degil. Itu dapat digambarkan apabila seramai 32 individu ditahan polis kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Petaling Jaya ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-warga-nigeria-ditahan-cuba-bertindak-agresif-ingkar-pkp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:37 MYT

Petaling Jaya, 28 Mac 2020 - Masih degil. Itu dapat digambarkan apabila seramai 32 individu ditahan polis kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Petaling Jaya ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua berusia antara 14 hingga 65 tahun itu ditahan menerusi 16 pemeriksaan dan sekatan jalan raya yang dilakukan semalam serta hari ini.

Menurutnya, dalam pemeriksaan pada 11.50 pagi semalam hingga 1.30 pagi tadi mendapati masih ada yang keluar rumah tanpa alasan munasabah, melepak di kedai makan, berkumpul sambil minum minuman keras dan berada di tepi jalan.

“Antara ditahan seorang lelaki warga Nigeria berusia 49 tahun kerana tidak memberi alasan munasabah semasa pemeriksaan di Plaza Tol Subang menghala Petaling Jaya. Suspek bertindak agresif dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Polis turut menahan lelaki berusia 28 tahun di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) kerana gagal memberi alasan munasabah keluar rumah dan cuba membuat provokasi dengan mempertikaikan sebab dia tidak boleh berada di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, polis turut menahan empat lelaki berkumpul di hadapan sebuah pasar raya di Uptown Damansara dan tiga lelaki yang berkumpul minum minuman keras di taman permainan di sebuah apartment di Damansara semalam.

Laporan penuh di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/ingkar-pkp-warga-nigeria-cuba-b…

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan Warga Nigeria Ditahan Cuba Bertindak Agresif Ingkar Pkp
ArtikelDiterbitkan 28 Mar 2020 2.49 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM