Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Individu Ingkar Kuarantin Bawa Risiko Keselamatan

Published: 14 Mar 2020 3.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 14 Mac 2020 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengingatkan individu disyaki dijangkiti COVID-19 supaya tidak melarikan diri apabila diarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dikuarantin atau menjalani pemeriksaan kesihatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-keratan-akhbar-pilihan-individu-ingkar-kuarantin-bawa-risiko-keselamatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:19 MYT

Kuala Lumpur, 14 Mac 2020 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengingatkan individu disyaki dijangkiti COVID-19 supaya tidak melarikan diri apabila diarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dikuarantin atau menjalani pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, tindakan melarikan diri adalah tidak bertanggungjawab yang boleh mendatangkan risiko dan mendedahkan orang lain kepada bahaya.

Dalam situasi penularan COVID-19 sekarang, katanya, semua pihak terutama mereka yang disyaki terkena jangkitan COVID-19 wajar bekerjasama penuh demi keselamatan dan kesihatan diri sendiri serta orang lain.

“Tolonglah patuh arahan pegawai perubatan bertauliah, pihak hospital dan KKM. Jangan bersikap mementingkan diri, lari dan hilangkan diri kerana tindakan itu menyusahkan serta meletakkan anak buah saya (pasukan Polis Diraja Malaysia) dalam keadaan risiko yang tinggi,” ujar beliau.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Individu Ingkar Kuarantin Bawa Risiko Keselamatan
ArticlePublished 14 Mar 2020 3.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM