Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Bukan Kebenaran Balik Kampung

Diterbitkan: 27 Apr 2020 2.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 27 April 2020 - "Tiada pergerakan dibenarkan terhadap mana-mana individu untuk pulang ke kampung mulai 1 Mei ini," kata Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-keratan-akhbar-pilihan-bukan-kebenaran-balik-kampung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:48 MYT

Putrajaya, 27 April 2020 - "Tiada pergerakan dibenarkan terhadap mana-mana individu untuk pulang ke kampung mulai 1 Mei ini," kata Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan, sebaliknya tarikh itu adalah tempoh pendaftaran akhir aplikasi Gerak Malaysia bagi individu yang membuat permohonan untuk pulang ke kediaman masing-masing.

“Saya ingin memperbetulkan sedikit kekeliruan semalam bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tarikh 1 hingga 3 Mei untuk dibenarkan pergerakan.

“Sebenarnya seperti yang saya sebutkan sehingga 1 Mei adalah tempoh pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia dan bagi siapa yang tiada aplikasi itu boleh melaporkan di balai terdekat melalui temujanji,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini semalam.

Rabu lalu, kerajaan memaklumkan individu berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula Jumaat lalu.

Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, selepas mendapat maklumat dan data diperoleh daripada permohonan orang ramai, Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan Kementerian Kesihatan akan membincangkan prosedur operasi standard (SOP).

Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Bukan Kebenaran Balik Kampung
ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2020 2.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM