Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Beza Polis Dengan Superman

Published: 20 Apr 2020 3.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Siapa tidak kenal Superman. Superman ialah adiwira yang kebal, boleh terbang di angkasa, mempunyai kekuatan yang luar biasa serta kelajuan yang amat pantas. Dengan keupayaan luar biasa ini, Superman dilihat sebagai hero yang membantu melindungi orang ramai dan menjaga ketenteraman awam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-keratan-akhbar-pilihan-beza-polis-dengan-superman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:55 MYT

Siapa tidak kenal Superman. Superman ialah adiwira yang kebal, boleh terbang di angkasa, mempunyai kekuatan yang luar biasa serta kelajuan yang amat pantas. Dengan keupayaan luar biasa ini, Superman dilihat sebagai hero yang membantu melindungi orang ramai dan menjaga ketenteraman awam.

Dalam dunia fiksyen, pelbagai watak adiwira ditampilkan sebagai pelindung masyarakat daripada ancaman penjenayah. Kita juga dihidangkan dengan pelbagai siri televisyen dan filem, sama ada tempatan mahupun luar negara, berkaitan kehebatan polis menyelesaikan kes-kes jenayah. Mereka sering terselamat dalam insiden tembak-menembak atau pergaduhan di kaca televisyen.

Kadangkala kita lupa bahawa anggota polis juga manusia biasa. Mereka juga sakit, demam, dan mati bila sampai waktunya. Mereka juga perlu tidur walaupun kebanyakan polis yang saya kenal biasanya tidak cukup tidur atau rehat.

Anggota polis juga tidak kebal seperti Superman yang kalis peluru. Mereka tetap cedera jika terkena tembakan. Polis mempunyai risiko lebih terdedah kepada kecederaan dan ancaman berbanding orang awam apatah lagi sekiranya terlibat dalam operasi mencegah atau memburu penjenayah. Risiko semakin tinggi jika melibatkan kes bunuh dan jenayah berat.

Dalam keadaan wabak Covid-19 sedang menular kini, polis perlu menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mengendalikan sekatan jalan raya tanpa mengambil kira keadaan cuaca. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mengendalikan kes-kes jenayah yang walaupun berkurang tetapi masih ada.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Beza Polis Dengan Superman

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 20 Apr 2020 3.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM