Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Warga Asing Tumbuk Polis Ditahan

Diterbitkan: 12 Apr 2020 8.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Putrajaya, 12 April 2020 - Seorang warga asing ditahan kerana memukul seorang anggota polis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-warga-asing-tumbuk-polis-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:51 MYT

Putrajaya, 12 April 2020 - Seorang warga asing ditahan kerana memukul seorang anggota polis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Tuan Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku jam 9.15 pagi tadi ketika anggota polis berkenaan menjalankan tugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) jalan hala masuk persimpangan Sekolah Antarabangsa Arab, Presint 14.

ACP Tuan Rosly berkata, seorang lelaki warga Indonesia berumur 45 tahun yang dilihat berjalan dan ingin melintasi sekatan jalan berkenaan dipanggil untuk disoal siasat.

“Secara tiba-tiba, suspek menumbuk bahagian kening seorang anggota polis trafik bertugas, Lans Koperal Salehhuddin Mohd Soffian, berkali-kali. Tumbukan itu menyebabkan anggota polis berkenaan mengalami kecederaan di kening dan jari sebelum diarah mendapatkan rawatan di hospital Putrajaya. Suspek turut melawan dan bergelut ketika cuba ditahan, sehingga memaksa anggota bertugas menggunakan kekerasan sebelum lelaki itu dapat ditahan,” katanya di sini, hari ini.

ACP Tuan Rosly berkata, suspek yang berjaya ditahan turut calar di bahagian muka terkena permukaan jalan raya akibat pergelutan. Ketika diperiksa, suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah dan mendakwa bekerja sebagai kontraktor landskap dan tinggal di Kampung Dato Abu Bakar Baginda.

“Suspek memberi alasan tidak munasabah kerana mendakwa keluar rumah untuk berjalan-jalan tanpa tujuan. Dia ditahan di balai polis Putrajaya kerana mendatangkan kecederaan kepada penjawat awam dan melanggar PKP di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Akta Imigresen," katanya.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan Warga Asing Tumbuk Polis Ditahan
ArtikelDiterbitkan 12 Apr 2020 8.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM