Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Artikel Pilihan Polis Kenal Pasti Keluarga Beri Tips Lepasi Sekatan Jalan Raya

Published: 17 Apr 2020 11.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 17April 2020 - Polis Diraja Malaysia telah mengenal pasti sebuah keluarga yang menularkan gambar berjaya melepasi sekatan jalan raya selepas menipu dengan mengatakan mahu membawa anak ke klinik.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-polis-kenal-pasti-keluarga-beri-tips-lepasi-sekatan-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:25 MYT

Kuala Lumpur, 17April 2020 - Polis Diraja Malaysia telah mengenal pasti sebuah keluarga yang menularkan gambar berjaya melepasi sekatan jalan raya selepas menipu dengan mengatakan mahu membawa anak ke klinik.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan.

“Mengenai keluarga yang sudah kembali ke Kuala Lumpur dan memberikan tips untuk menipu polis, saya hendak memberi peringatan kepada semua, jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain untuk melakukan kesalahan yang sama.

“Pihak polis telah mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil kepada mereka.

“Tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang, lebih-lebih lagi mereka sendiri mengakui telah melakukan kesalahan.

“Jadi tolong jangan berbangga dan menganggap diri kita sebagai hero apabila melakukan kesalahan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Selain gambar tersebut, semalam, tular sekeping lagi tangkap layar yang menunjukkan seorang lelaki berbangga melepasi sekatan jalan raya kerana isterinya bertugas di barisan hadapan.

Sumber: MalaysiaGazette

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan Polis Kenal Pasti Keluarga Beri Tips Lepasi Sekatan Jalan Raya
ArticlePublished 17 Apr 2020 11.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM