Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Pkp Belum Tamat Jangan Suka Suka Ingkar

Diterbitkan: 26 Apr 2020 9.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Putrajaya, 26 April 2020 - Rakyat Malaysia di semua zon perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak Coronavirus (Covid-19) belum berakhir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-pkp-belum-tamat-jangan-suka-suka-ingkar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:52 MYT

Putrajaya, 26 April 2020 - Rakyat Malaysia di semua zon perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak Coronavirus (Covid-19) belum berakhir.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pematuhan terhadap perintah tersebut masih terpakai bagi mereka yang berada di zon hijau walaupun kawasan tersebut tidak merekodkan kes positif Covid-19.

Beliau turut mengingatkan polis akan terus mengambil tindakan tegas kepada mereka yang ingkar.

“Saya harap pematuhan ini turut dilakukan di kawasan zon hijau walaupun di kawasan itu tidak menunjukkan kes atau positif Covid-19. Mereka di kawasan tersebut perlu mematuhi undang-undang negara,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

“Sebelum ini ada tular di media sosial mengenai seorang lelaki warga emas ditahan polis. Biasanya polis akan menggunakan budi bicara sebelum menangkap seseorang.

“Sebenarnya individu tersebut sudah beberapa kali ditahan dan polis memberikan nasihat tetapi dia terus berdegil. Ramai yang menyalahkan polis seolah-olah tidak bertimbang rasa tetapi kisah sebenar ialah polis sudah menggunakan budi,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap zon di negara ini.

“Namun begitu, buat masa sekarang ini, walau di mana zon yang anda tinggal, patuhi arahan PKP dan pihak berkuasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam telah mengadakan sebanyak 824 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 446,024 kenderaan.

“Sebanyak 37,128 pemeriksaan mengejut dilakukan di seluruh negara membabitkan 6,798 premis.

“PDRM telah menahan 577 individu berbanding 386 individu hari sebelumnya kerana ingkar PKP. Daripada jumlah tersebut seramai 505 individu direman dan 72 individu dijamin polis.

Jelasnya, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 24 April ialah seramai 20,011 individu.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan Pkp Belum Tamat Jangan Suka Suka Ingkar
https://www.sinarharian.com.my/article/80694/KHAS/Koronavirus/PKP-belum-tamat-jangan-suka-suka-ingkar
ArtikelDiterbitkan 26 Apr 2020 9.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM