Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Lelaki Ditahan Lari Daripada Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan: 18 Apr 2020 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 18 April 2020 - Cubaan seorang pemandu melarikan diri daripada sekatan jalan raya serta hampir merempuh anggota polis, tidak kesampaian apabila berjaya ditahan seorang pegawai kanan polis yang kebetulan memandu kenderaan di belakang kereta lelaki itu
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-lelaki-ditahan-lari-daripada-sekatan-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:01 MYT

Kuala Lumpur, 18 April 2020 - Cubaan seorang pemandu melarikan diri daripada sekatan jalan raya serta hampir merempuh anggota polis, tidak kesampaian apabila berjaya ditahan seorang pegawai kanan polis yang kebetulan memandu kenderaan di belakang kereta lelaki itu

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, lelaki berusia 36 tahun itu memandu kereta Perodua Myvi memasuki lorong yang dikhususkan untuk petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Sungai Besi arah selatan, Kuala Lumpur.

Melihat kepada cara pemanduan yang mencurigakan itu, polis mengarahkan pemandu itu berhenti, namun tidak diendahkan malah terus memecut laju di laluan yang sama.

Seorang pegawai kanan polis, Inspektor Engku Nurul ‘Aini Engku Malek yang bertugas di Perhubungan Antarabangsa Urusetia KPN Bukit Aman yang kebetulan dalam perjalanan pulang dan berada di belakang kenderaan suspek terus mengejar sebelum berjaya menghentikan kenderaan itu kira-kira 300 meter.

Puan Engku Nurul ‘Aini berjaya menahan kenderaan berkenaan sebelum dibantu pegawai dan anggota di sekatan jalan raya untuk menangkap suspek.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek, polis menemui tiga tin minuman keras yang mana satu daripadanya sudah dibuka dan nafasnya turut berbau alkohol dan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan Lelaki Ditahan Lari Daripada Sekatan Jalan Raya
ArtikelDiterbitkan 18 Apr 2020 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM