Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Dua Lelaki Ditahan Muat Naik Status Fitnah Terhadap Anggota Polis

Diterbitkan: 11 Apr 2020 4.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki memfitnah dengan memuat naik status di Facebook (FB) kononnya anggota pasukan keselamatan itu mengambil duit ketika melakukan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang di Alor Setar, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-dua-lelaki-ditahan-muat-naik-status-fitnah-terhadap-anggota-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:36 MYT

Alor Setar, 11 April 2020 - Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki memfitnah dengan memuat naik status di Facebook (FB) kononnya anggota pasukan keselamatan itu mengambil duit ketika melakukan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang di Alor Setar, malam tadi.

Lelaki pertama yang berusia 27 tahun ditahan pada 11.30 malam tadi di rumahnya di Kampung Sungai Baru Gunung selepas dua jam memuat naik status itu dengan mendakwa kononnya polis mengambil wang dari rakannya yang bekerja sebagai penghantar makanan ketika SJR.

Difahamkan, lelaki berkenaan sudah memadam status berkenaan tetapi ia sempat ditangkap layar dan diterima pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Tuan Mohd Rozi Jidin berkata, hasil siasatan mendapati suspek memuat naik status itu selepas dimaklumkan oleh rakannya yang kedua berusia 26 tahun kononnya polis membuka dompetnya dan mengambil wang ketika pemeriksaan dilakukan di SJR.

Menurutnya, susulan itu lelaki kedua ditahan pada 11.40 malam di tepi jalan di persimpangan lampu isyarat Pantai Johor ke Gunung Keriang untuk untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 11 Apr 2020 4.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM