Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Artikel Pilihan Bukan Main Lincah Pdrm Guna Pendekatan Berbeza Mendidik Guna Hiburan

Published: 27 Apr 2020 2.48 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 27 April 2020 - Dalam menyampaikan mesej kepada rakyat untuk sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil dengan pendekatan yang berbeza.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-bukan-main-lincah-pdrm-guna-pendekatan-berbeza-mendidik-guna-hiburan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT

Kuala Lumpur, 27 April 2020 - Dalam menyampaikan mesej kepada rakyat untuk sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil dengan pendekatan yang berbeza.

Pesanan khidmat masyarakat yang dihasilkan Pancaragam PDRM misalnya, membuktikan pasukan keselamatan negara juga berbakat menghiburkan masyarakat.

Klip video ini digubah liriknya daripada lagu asal ‘Ramadhan Datang’ yang dinyanyikan oleh penyanyi, Tompi dari negara jiran, Indonesia ekoran Op Covid-19 dan seiring bermulanya Ramadan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor yang juga penulis lirik, SAC Dato’ Fadzil Ahmat berkata pendekatan santai dan hiburan bermesej itu adalah sebagai peringatan kepada rakyat bahawa PKP masih dikuatkuasakan walaupun di bulan Ramadan.

"Lagu ini mengambil semangat operasi Covid-19. Kita hendak memastikan orang ramai ingat bahawa PKP masih ada walaupun di bulan Ramadan.

"Dalam bulan Ramadan ini biasalah, orang ramai akan sibuk dengan kegiatan perniagaan, membeli belah dan pelbagai aktiviti lain, beribadat dan bermacam-macam lagi.

"Jadi untuk ingatkan mereka bahawa PKP itu masih ada dan mereka perlu patuh kepada PKP itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau berkata, inisiatif ini merupakan antara pelbagai alternatif yang dilakukan PDRM, iaitu dengan melibatkan Pancaragam PDRM yang mempunyai jumlah ahli yang besar selain berkemahiran tinggi, termasuk melakukan susunan semula muzik.

"Mereka ini terdiri daripada kumpulan Pancaragam PDRM, mereka yang buat susunan semula muzik yang mana muzik asalnya adalah daripada Tompi, penyanyi Indonesia.

"Ini merupakan kerjasama juga dengan RMP TV Channel di mana ia merupakan satu saluran yang akan memaparkan berita-berita berkenaan PDRM terutama berita jenayah," katanya.

Lagu berkenaan dinyanyikan oleh Pengarah Muzik Pancaragam Pusat PDRM, ASP Mesmoro Edward dan penyanyi kombo PDRM yang merupakan bekas peserta program realiti, One In A Million, Koperal Alif Azfar Ishak.

Menariknya, selain bait-bait lirik yang sarat mesej positif, warga net turut terhibur dengan gelagat salah seorang anggota dikenali Sarjan Usop yang mempamerkan aksi bersahaja dan ‘bersemangat’ tatkala bermain instrumen marakas.

Ikuti saluran YouTube RMPTV untuk menonton lagu ini selain mendapatkan informasi dan aktiviti terkini PDRM.

Sumber: Astro Awani

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan Bukan Main Lincah Pdrm Guna Pendekatan Berbeza Mendidik Guna Hiburan
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/2592201107723874/
ArticlePublished 27 Apr 2020 2.48 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM