Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Berkorban Apa Sahaja

Diterbitkan: 24 Apr 2020 2.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Biarpun terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga pada hari pertama Ramadan, anggota penguatkuasa yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap tabah menjalankan tugas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-berkorban-apa-sahaja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:16 MYT

Biarpun terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga pada hari pertama Ramadan, anggota penguatkuasa yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap tabah menjalankan tugas.

Malah, ada anggota penguatkuasa yang hanya sempat bersama anak yang baru dilahirkan pada November lalu selama dua minggu sebelum mereka terpaksa berjauhan sehingga hari ini.

Ketika tinjauan Harian Metro di sekatan jalan raya di Gelang Patah, Iskandar Puteri semalam, anggota yang bertugas berkata, tugasan yang dilaksanakan adalah satu tanggungjawab besar diamanahkan bagi memastikan wabak Covid-19 dapat diputuskan rangkaiannya.

Koperal Muhabi Halimi Osman, 36, dari Rejimen Ke-33 Artileri Diraja, Kem Mahkota Kluang berkata, kali terakhir dia dapat bermanja dengan anak keduanya, Sharull Naim, lima bulan adalah selama dua minggu selepas dilahirkan.

Sementara itu, Koperal Mohd Firdaus Arifin, 32, daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, berjauhan dengan keluarga sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.

Firdaus memiliki tiga orang anak berusia enam, empat dan dua tahun dan kini berada di Terengganu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Tuan Dzulkhairi Mukhtar berkata, beliau sentiasa kerap turun padang bagi memberikan sokongan moral kepada anggota bertugas terutama sepanjang bulan Ramadan ini.

Bacaan lanjut seperti pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/57…/berkorban-apa-sahaja-metrotv

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 24 Apr 2020 2.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM