Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Commanders Call Pengiktirafan Besar Jabatan Kdnka Kepada Kpn

Published: 21 Oct 2017 2.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 21 Oktober 2017 - Buat kesekian kalinya “Commanders Call” Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dihadiri oleh seorang Ketua Polis Negara setelah kali terakhir pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Tan Sri Dato’ Sri Utama Haji Ismail Haji Omar menghadirinya pada tahun 2012 yang lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/commanders-call-pengiktirafan-besar-jabatan-kdnka-kepada-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:48 MYT
“COMMANDERS CALL”: PENGIKTIRAFAN BESAR JABATAN KDNKA KEPADA KPN

Ipoh, 21 Oktober 2017 - Buat kesekian kalinya “Commanders Call” Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dihadiri oleh seorang Ketua Polis Negara setelah kali terakhir pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Tan Sri Dato’ Sri Utama Haji Ismail Haji Omar menghadirinya pada tahun 2012 yang lalu.

Demi meneruskan legasi kebanggaan PDRM itu, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun yang kini merupakan Ketua Polis Negara ke-11 telah hadir memenuhi undangan merasmikan dan seterusnya menyampaikan amanat dalam perjumpaan terbesar barisan Komander Jabatan KDNKA yang diadakan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Utara, Ulu Kinta, dekat sini, pagi tadi.

“Commanders Call” yang diadakan pada tahun ini oleh Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah antara lainnya untuk menjadi sebuah platform perbincangan yang terbaik bagi merumuskan segala perancangan dan menetapkan hala tuju jabatannya untuk berdepan dengan pelbagai cabaran semasa dan mendatang.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Mohamad Fuzi menyeru warga Jabatan KDNKA untuk berdiri teguh bersamanya dalam menjalankan tugas dan tanggunjawab yang diamanahkan berlandaskan empat fokus utama yang telah dilancarkannya sejak menerajui PDRM pada 4 September lalu.

Empat fokus utama tersebut adalah “Back To Basic”, Rasuah dan Integriti, Judi, Gengsterisme dan Jenayah Bersindiket serta yang terakhir, “Intelligence-Led Policing” atau singkatannya ILP.

Keempat-empat fokus utama ini adalah bertujuan untuk memastikan PDRM kekal disanjung dan dihormati sebagai sebuah agensi penguatkuasa utama negara.

Terdahulu, Tan Sri Mohamad Fuzi telah dianugerahkan insignia Sayap Penerjunan kehormat dan Berret 69 Komando PDRM atau lebih dikenali sebagai “Sand Colour Berret” oleh Komander 69 Komando PDRM, Dato’ Mohd Fisol Salleh dalam majlis menyambut ketibaannya yang diadakan di Tapak Latihan Luar Sungai Broyan PGA.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Hasnan Hassan, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am) KDNKA Bukit Aman, Dato’ Abd Aziz Yusof, Timbalan Pengarah (Gerakan) KDNKA Bukit Aman, Dato’ Azizan Abd Aziz, Komander Briged Utara, Tuan Mohd Shahar Ibrahim selaku tuan rumah dan barisan Komander dalam Jabatan KDNKA.

_MG_0506
Ketibaan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

_MG_0512
Ketibaan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

_MG_0553
Sekitar majlis.

_MG_0563
Sekitar majlis.

_MG_0602
Sekitar majlis.

_MG_0704
Sekitar majlis.
0R9A3549
Gambar kenangan.
ArticlePublished 21 Oct 2017 2.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM