Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cetak Wang Palsu Beli Telefon

Diterbitkan: 23 Nov 2016 2.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Dua lelaki warga tempatan dicekup polis di sebuah rumah di Bayu Perdana, Klang pada Ahad lalu berikutan kegiatan mencetak wang palsu semata-mata untuk membeli telefon bimbit yang diiklankan menerusi satu laman sesawang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cetak-wang-palsu-beli-telefon
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:11 MYT

Dua lelaki warga tempatan dicekup polis di sebuah rumah di Bayu Perdana, Klang pada Ahad lalu berikutan kegiatan mencetak wang palsu semata-mata untuk membeli telefon bimbit yang diiklankan menerusi satu laman sesawang.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 37 tahun itu ditahan sepasukan polis bersama seorang wanita warga Thailand berusia 26 tahun dipercayai teman wanita salah seorang suspek berkenaan.

Hasil serbuan polis menemui 106 wang tunai RM100 palsu, dua mesin cetak, sembilan telefon bimbit dan sebuah komputer riba.

Sumber: Harian Metro

Cetak Wang Palsu Beli Telefon
ArtikelDiterbitkan 23 Nov 2016 2.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM