Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ceramah Perdana Keutuhan Organisasi Bermula Dari Kebahagiaan Rumahtangga

Published: 11 Feb 2016 1.56 AM Updated: 15 Aug 2026 6.29 PM
Kuala Lumpur, 11 Feb - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menganjurkan Program Ceramah Perdana Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Dang Wangi, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ceramah-perdana-keutuhan-organisasi-bermula-dari-kebahagiaan-rumahtangga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:31 MYT

Kuala Lumpur, 11 Feb - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menganjurkan Program Ceramah Perdana Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Dang Wangi, semalam.

Ceramah bertajuk "Keutuhan Organisasi Bermula dari Kebahagiaan Rumahtangga" itu memfokuskan betapa penting hubungan dalam institusi kekeluargaan yang seterusnya akan membawa impak positif kepada sesebuah organisasi.

Seramai lebih kurang 800 hadirin yang terdiri daripada pegawai kanan, anggota pangkat rendah, pegawai awam, ahli keluarga serta masyarakat sekitar daerah Dang Wangi memenuhi ruang perkarangan yang disediakan. 

Pihak DBKL telah memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini dengan kemudahan logistik yang baik. Program telah berjalan lancar dan dan mendapat liputan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Reaksi positif diterima daripada masyakarat dan mereka menyambut baik program yang mendekatkan polis dan masyarakat seumpama ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Dato’ Zainuddin Ahmad, Eksekutif DBKL, Dato' Mohd Najib Mohd, Ketua Polis Daerah (KPD) Dang Wangi ACP Zainol Samah, dan Pengerusi PERKEP Dang Wangi, Puan Sabariah Hj Hashim.

#polisdirajamalaysia
#royalmalaysiapolice
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#ceramahperdana

Ceramah Perdana Keutuhan Organisasi Bermula Dari Kebahagiaan Rumahtangga
ArticlePublished 11 Feb 2016 1.56 AMUpdated 15 Aug 2026 6.29 PM