Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama

Published: 12 Feb 2015 1.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kebanyakan wanita termasuk suri rumah, biasanya terdedah kepada bahaya jenayah kerana mereka kurang memahami bagaimana ia boleh berlaku, selain sikap tidak ambil peduli perkara yang wajar diamalkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cegah-jenayah-tanggungjawab-bersama
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:44 MYT

Kebanyakan wanita termasuk suri rumah, biasanya terdedah kepada bahaya jenayah kerana mereka kurang memahami bagaimana ia boleh berlaku, selain sikap tidak ambil peduli perkara yang wajar diamalkan.

Akibatnya, mereka kerap menjadi mangsa rompakan, ragut dan pembunuhan. Mereka menganggap keselamatan diri masing-masing dijaga anggota keselamatan dan pihak berkuasa. 

Sehubungan itu, masyarakat Malaysia perlu peka mengenai kejadian jenayah setiap hari di sekitar kehidupan mereka. 

Tanggungjawab menjaga keselamatan awam tidak wajar diletakkan kepada polis dan pihak berkuasa semata-mata. 

Masyarakat pelbagai kaum di negara ini perlu mempunyai sikap proaktif terhadap usaha pencegahan jenayah sebelum mereka turut menjadi mangsa. 

Usaha pencegahan jenayah perlu mendapat kerjasama orang awam supaya terus selamat dan bebas daripada ancaman ini. 

Sumber: Berita Harian

Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama

ArticlePublished 12 Feb 2015 1.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM